​MPU3113 – Hubungan Etnik

Course Description

  1. Meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang konsep kesepaduan sosial, konsep-konsep asas hubungan etnik, pluraliti dan masyarakat pluralistik.
  2. Pelajar juga didedahkan dengan konsep pembangunan politik, ekonomi dan perkembangan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

​Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang hubungan etnik di Malaysia yang mana ianya merupakan proses hubungan sosial yang dinamik. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang konsep kesepaduan sosial, potret hubungan etnik, konsep-konsep asas hubungan etnik, integrasi dan masyarakat integrasi di Malaysia, pembangunan politik, pembangunan ekonomi, dan perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, integrasi dan menangani cabaran, agama dan masyarakat, sumbangan kerajaan dan masyarakat dan inter-etnik dan intra-etnik.

​Content Outline for the Course/Module:

  • Malaysia : Kesepaduan Dalam Kepelbagaian
  • Potret Hubungan Etnik
  • Limpahan Kemakmuran Merentasi Hubungan Etnik
  • Perlembagaan Persekutuan : Tiang Seri Hubungan Etnik
  • Permuafakatan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
  • ​Kepelbagaian Agama : Mencari Titik Pertemuan
  • ​Dari Segragasi ke Integrasi
  • ​Pemerkasaan Pendidikan ke Arah Kesepaduan Sosial
  • ​Pengalaman Harian : Menjalin Kesepaduan dan Melahirkan Keharmonian

Course Outcome

Upon completion of this course, student should be able to:

  • ​Menerangkan peranan integrasi budaya, masyarakat dan kumpulan etnik dalam memupuk perpaduan.
  • Mengenalpasti cabaran pluralisasi budaya dan pelaksanaannya dalam konteks permuafakatan integrasi di Malaysia.
  • Mengaplikasi kemahiran integrasi dalam kalangan pelajar integrasi mewujudkan masyarakat bersatu padu.
  • Menganalisis isu-isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Subject Area

Core

Course Director

Abdul Rahman Edruce B Kushairi

Teaching-learning Methods ​​Assessment Methods
Kuliah Ujian Penilaian, Tugasan Bertulis, Pembentangan, Peperiksaan Akhir
Perbincangan Tugasan Bertulis, Pembentangan
Pembentangan Pembentangan